Saturday, March 11, 2006

Phuket Trip - Day 3

hari ke 3 dimulakan agak lewat oleh aku sbb culture shock tido dalam aircond hahaha.. sebenarnya hari ni si adik beradik thai ni (Gate n Gip) nak bawak kitorang gi makan n jalan2.. diorang ni keje kat bar kat port biasa kitorang.. baik gak ah ngan diorang nih.. my first impression was diorang ni nak pau kitorang la nih.. tapi lantak laa.. bukan nak berkira sgt.. sebagai seorang lelaki yg macho n gentleman.. belanja pompuan tu mmg satu kebiasaan haha.. lagipun diorang nak bawak jalan2.. sebelum gi jalan2 tu kitorang amik gambar ramai2 since sume staff kat situ ada.. so sesapa yg pegi hotel ni nnt akan nampak laa gambar kitorang ditampal di hotel tuh hehehe.. otw tu aku n komeng gi isi minyak dulu.. pastu dah berpecah.. aaa aku n komeng jalan straight je.. dahlaa jalan horror turun naik bukit.. kete pun byk.. ngan motor yg tak seberapa pickup tuh lagi laa menambah ke horror an aku ni.. call lynn tanya kat mana.. tak angkat.. ni musti atas motor.. aku pun cadang kat komeng kita patah balik laa.. takkan laa diorang depan kita.. dah laju bawak asap motor pun tak nampak.. pusing balik mmg betul.. bertembung ngan diorang.. nak cross jalan sket punya seksa sbb situ area bukit n selekoh.. aku pasrah je laa.. pastu dapat pusing balik hilang lagik diorang ni.. lynn pun call.. aku suh laa tunggu tepi jalan.. pastu jumpa n kitorang pun meneruskan jalan2 carik makan..

igtkan nak gi makan kat mana rupanya diorang bawak gi tesco makan kat fudcourt situ.. mmm makan je laaa.. sini aku order nasi daging merah.. rasa cam biasa je nothing special about it.. bila nak bayarkan utk GnG ni diorang tanak.. diorang nak bayar sendiri.. wah.. mmg baik hati laa diorang nih.. i was touched by them.. masih ada lagik wanita di phuket ni yg tak mementingkan wang ringgit.. pas abis makan si GnG ni bawak laa jalan2.. katanya nak tunjuk tpt yg view cantik.. oklaa..

tgh otw tu spek koneng bole tercicir atas jalan lak.. aku n komeng pun tunggu.. bila jalan balik ada traffic light simpang 4.. alamak.. ni mau sesat lagik.. diorang ni pun main jalan je bukan nak tunggu.. kitorang pun pusing kira ke arah phuket town.. jalan punya jalan tak nampak diorang.. aku pun suh si komeng ni potong motor depan (ery n koneng) pastu stop tepi jalan nak call diorang jap.. rupanya diorang straight je.. dah jadik satu keje nak patah balik.. suh diorang tunggu tepi jalan.. jauh gak laa baru jumpa.. pastu si rikardo lak hilang.. satu keje la plak si GnG ni nak pi carik dia.. suh kitorang tunggu kt tepi jalan.. diorang pegi carik.. nasib baik kejap je.. pastu jalan punya jalan (jauh plekkkkk) sampailaa kat area Rawai beach.. igtkan nak stop kat sini.. rupanya jalan lagik.. last2 rupanya diorang bawak gi Phromthep Cape.. tapi mmg puas hati view kat sini cantik gile.. mula laa sesi2 bergambar.. pastu GnG nih ni ajak turun bawah.. aku memula tgk takde laa jauh mana.. tp bila dah turun sendiri mau igt laa.. dahlaa sandal licin.. mmmm.. pastu teringat nak naik balik ni mesti penat gile.. tp sbb nak gak tgk permandangan kt bawah tu.. turun laa jugak.. mmg berbaloi.. lawa gile.. kitorang ni dah nak kat tepi laut dah.. n cam biasa sesi mengambil gambar pun bermula lagik.. bila time naik atas aku dah terasa lain macam.. abis kaki ni tarik.. seksa gak laa utk org cam aku yg dah lama tak exercise.. sampai je atas mmg mencungap2 .. dah laa air takde.. kitorg pun lepak laa kat atas tu duduk2 sambil mengambil angin.. sekali GnG ni tertinggal lak kunci motor kat motor.. alahai penat plekk nak gi kat motor tuh.. lynn gak jadik hero malaya gi teman Gate.. Gip teman kitorang.. balik lynn ngan muka serius cakap motor hilang.. Gip ni dah senyap.. nak nangis dah.. ngan motor hilang ngan duit BHT9000 kat motor.. aihh minah nih duit byk tu letak kt motor je.... tp aku tgk lynn muka cam tgh control.. sekali mmg betul.. dia main2 je.. cehh.. mmg dah nak nangis dah budak tuh.. kesian dia.. dah laa kecik.. hatinya pula dilukai.. lama sket baru dia ok.. dah bole gelak2.. pastu kitorang pun meneruskan perjalanan ke satu tempat nih.. aku dah tak igt nama dia... view pun cantik gak.. pas abis kitorang balik.. sampai kat port biasa dah nak dekat kol 7.. lepak minum2 pastu balik hotel mandi manda..

malam ni takde pengisian sgt.. jalan2 kat2 area hotel tgk gerai2 kat bawah.. carik souvenier apa yg patut dibawak balik.. then pasru aku lepak satu kedai ni layan sembang ngan mamat n minah2 thai kat situ.. lama pastu minah2 tu gi clubbing tinggal laa mamat nih.. english dia horror sket tp bole laa nak cakap.. kene cakap ayat basic.. jgn complicated sgt.. pastu tanya laa pasal tsunami sume nih.. rupanya girlfriend dia meninggal masa tsunami.. girlfriend dia keje kat pantai.. skang dia dah ada awek baru so nampak muka dia cam takde hal je.. pastu dia ajak gi karaoke.. dia kata bole dpt rate dia sbb tpt member dia.. tp disebabkan ekonomi yang meleset.. kitorang terpaksa rejek la hahaha..tanyalaa dia sbb apa dia tak ikut awek dia tadik gi clubbing... dia jawab " i dont like dancing.. i like karaoke".. haha.. patutlaa bersungguh nak ajak kitorang nih..

pas abis sembang ngan dia balik lepak port biasa.. sembang2 minum2 main pool (haha dah takde mende sgt nak buat kan).. pastu wish goodbye la since nak balik esoknya.. cedeyyy :( :(

0 Comments:

Post a Comment

<< Home